Pergi ke kandungan

Delta Nil

30°54′U 31°7′T / 30.900°U 31.117°T / 30.900; 31.117

Fotograf satelit NASA Delta Nil yang diwarnabezakan.

Delta Nil (Arab: دلتا النيل Delta an-Nīl) terletak di muara sungai Nil yang mengalir keluar ke Laut Tengah di Hilir Mesir.[1] Delta ini merupakan antara delta terbesar menjangkau jauh hilir dari Kaherah[2] meliputi kota Iskandariah di sebelah barat ke Port Said di sebelah timur sebanyak 240 kilometer sepanjang pesisiran[3] dan 160 km (99 bt) dari utara hingga selatan.

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian penting di negara Mesir.[3] Sebanyak 39 juta orang menghuni kawasan delta ini dengan kepadatan mencecah lebih 1,000 orang per kilometer persegi; Iskandariah kota terbesar dengan kependudukan seramai 4.5 juta orang diikuti Shubra El Kheima, Port Said, El Mahalla El Kubra, Mansoura, Tanta, dan Zagazig.[4]

Catatan pada zaman purba seperti yang dilakukan Ptolemaeus menunjukkan delta ini pernah mempunyai 7 cabang atau alur delta bersejarah iaitu:[5]

Hanya cabang-cabang Phatnitik (kini alur Damietta) dan Bolbitine (kini Rasyid)[9] sahaja yang tertinggal dengan terkawalnya pembanjiran tahunan berikutan pembinaan empangan Aswan pada tahun 1950-an.

Flora dan fauna

[sunting | sunting sumber]

Bunga teratai tumbuh di bahagian utara manakala rumput papirus tumbuh di bahagian selatan delta.[10]

Delta ini merupakan habitat semula jadi pelbagai jenis burung unggas termasuk burung bangau, burung kosa dan ibis. Terdapat juga pelbagai jenis katak, penyu, kura-kura dan biawak yang menghuni di situ. Ia pernah menjadi habitat utama buaya Nil dan badak air pada zaman-zaman bersejarah.

Petempatan

[sunting | sunting sumber]

Delta ini menempatkan banyak kota-kota besar:

Large cities located in the Nile Delta:

  1. Dumont, Henri J. (2009-05-06). The Nile: Origin, Environments, Limnology and Human Use (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 88. ISBN 978-1-4020-9726-3.
  2. Zeidan, Bakenaz. (2006). The Nile Delta in a global vision. Sharm El-Sheikh., diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-10, dicapai pada 2021-06-02
  3. 1 2 Negm, Abdelazim M. (2017-05-25). The Nile Delta (dalam bahasa Inggeris). Springer. m/s. 36. ISBN 978-3-319-56124-0.
  4. City Population website, citing Central Agency for Public Mobilisation and Statistics Egypt (web), accessed 11 April 1908.
  5. John Cooper (30 September 2014). The Medieval Nile: Route, Navigation, and Landscape in Islamic Egypt. The American University in Cairo Press. m/s. 76. ISBN 978-977-416-614-3.
  6. Wilson, Ian. The Exodus Enigma (1985), page 46. London: Weidenfeld & Nicolson.
  7. e.g. at Callisthenes Alexander 1.31.
  8. e.g. in Ptolemy, Geography.
  9. Hayes, W. 'Most Ancient Egypt', p. 87, Journal of Near Eastern Studies, 23 (1964), 73–114.
  10. "Cyperus papyrus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Dicapai pada 14 September 2018.